Alhamdulillah kita bersambung semula...
2. Berbohong Kecil
Mulanya anak-anak kita adalah anak
yang selalu mendengar kata ibubapanya.
Mengapa? Kerana mereka percaya
sepenuhnya kepada ibubapanya.
Namun, ketika anak meningkat dewasa,
dia sudah tidak menuruti arahan atau permintaan kita?
Apa yang berlaku?
Apakah anak kita sudah tidak percaya
lagi dengan perkataan atau ucapan-ucapan kita lagi?
Tanpa sedar kita sebagai ibubapa
setiap hari sering membohongi anak untuk mengelakkan kemahuannya. Salah
satu contoh pada waktu kita tergesa-gesa pergi ke pejabat di pagi hari, anak
kita ingin mengikut atau mengajak berjalan mengelilingi kawasan
perumahan. Apa yang kita lakukan? Apakah kita menjelaskan dengan
jawapan yang jujur? Atau kita memilih untuk berbohong dengan mengalihkan
perhatian si kecil ke tempat lain, selepas itu kita bergegas pergi? Atau
yang ekstrem kita mengatakan,
"Papa / Mama hanya keluar
sebentar, hanya ke depan saja, sebentaaar saja ya, Sayang." Tapi
sebaliknya, kita pulang malam. Contah lain yang sering kita lakukan ketika
kita sedang menyuap anak makan kita,
"Kalau tak nak makan,
nanti Papa/Mama tak bawa jalan-jalan"
Padahal secara logik antara
jalan-jalan dan cara / pola makan anak, tidak ada kaitan langsung.
Dari beberapa contoh di atas, jika
kita berbohong kecil , kesannya ternyata besar. Anak tidak akan percaya
lagi dengan kita sebagai ibubapa. Anak tidak dapat membezakan kenyataan
kita yang boleh dipercayai atau tidak. Akhirnya, anak menganggap semua
yang diucapkan oleh ibubapanya adalah bohong dan anak mula tidak menuruti segala
perkataan kita.
Apa yang sebaiknya kita lakukan?
Berkatalah dengan jujur kepada anak. Ungkapkan dengan penuh kasih dan pengertian:
"Sayang, Papa / Mama nak pergi kerja. Kamu
tidak boleh ikut."
Kita tak perlu merasa bimbang dengan
keadaan ini.Pastinya memerlukan lebih masa untuk memberi pemahaman kepada anak
kerana biasanya mereka akan menangis. Anak menangis kerana dia belum
memahami keadaan mengapa ibubapanya harus selalu pergi di pagi hari. Kita
harus bersabar dan beri pemahaman kepada mereka secara terus
menerus.Perlahan-lahan anak akan memahami keadaan mengapa ibubapanya selalu
pergi di pagi hari dan bila pergi bekerja, anak tidak boleh
ikut. Sebaliknya bila pergi ke tempat selain pejabat, anak pasti diajak
ibubapanya. Pastikan kita selalu jujur dalam
mengatakan sesuatu. Anak
akan mampu memahami dan menuruti apa yang kita katakan.
Bagaimana?Sudah tahu bagaimana ingin menukar kata-kata dan sikap kita?Inshallah banyak lagi akan menyusul...