Wednesday, 25 May 2016

Tabiat Ibu bapa yang memberi Kesan -tive kepada Perangai Dan Sahsiah Anak Part 6

6. Merendahkan Diri Sendiri

Apa yang anda lakukan jika melihat anak anda bermain Playstation lebih dari belajar? Mungkin ini ayat yang sering kita ucapkan pada mereka,
"Tutup PS itu, nanti papa marah bila dia balik kerja petang ni !"
Atau kita ungkapkan dengan kenyataan lain, namun tetap dengan bentuk yang mungkin ditakuti oleh anak. Contoh pernyataan ancaman diatas adalah ketika yang ditakuti adalah  Papa.

Perhatikanlah ayat ancaman tersebut. Kita tidak sedar bahawa kita telah mengajarkan pada anak bahawa yang mampu untuk menghentikan mereka main PS adalah bapanya, maksudnya hanya si ayah saja yang ditakuti. Jangan hairan jika anak tidak mengendahkan perkataan kita kerana kita tidak mampu menghentikan mereka bermain PS.

Apa yang sebaiknya kita lakukan?


Dekati anak, tatap matanya, dan katakan dengan nada serius bahawa kita ingin dia berhenti main sekarang atau berikan pilihan, contohnya :
"Sayang, Papa / Mama nak kamu mandi. Nak mandi sekarang atau lima minit lagi? "Bila jawapannya" lima minit lagi Pa / Ma ". Kita jawab kembali, "Baik, selepas lima minit kamu mesti mandi. Tapi jika tidak berhenti selepas lima minit, dengan terpaksa papa / mama akan simpan PS sampai esok ".
Selepas lima minit, dekati si anak, tatap matanya dan katakan telah cukup lima minit. Jika anak tidak berganjak, teruskan menyimpan PS tersebut.
Nampak kasar perbuatan tersebut,tetapi ingatlah sekiranya tidak dididik dari kecil maka besar nanti kita akan menanggung masalah yang besar.


No comments:

Post a Comment