12. Rasa Bersalah Kerana Tidak Boleh
Memberikan yang Terbaik
Kehidupan metropolitan telah memaksa
sebahagian besar ibubapa banyak menghabiskan masa di pejabat dan di jalan raya
daripada bersama anak.Terbatasnya masa inilah yang menyebabkan ramai ibubapa
merasa bersalah atas situasi ini. Akibat dari perasaan bersalah ini, kita,
membenarkan perangai buruk anak dengan ungkapan yang sering dilontarkan,
"Biarlah dia seperti ini mungkin kerana saya jarang meluangkan masa dengannya ..."
Semakin kita merasa bersalah terhadap
keadaan, semakin banyak kita menyemai tingkah laku buruk anak. Semakin
kita maklum tingkah laku buruk anak, anak juga akan semakin sering
melakukannya. Sebahagian besar tingkah laku anak bermasalah yang pernah
saya (penulis) hadapi banyak berpunca dari cara ibubapa berfikir yang seperti
ini.
Apa yang sebaiknya kita
lakukan?
Kita tidak boleh membandingkan
keadaan sosial ekonomi dan masa kita dengan orang lain. Setiap keluarga
mempunyai masalah yang tersendiri. Ada orang yang punya kelebihan dari
segi kewangan tapi kesuntukan masa bertemu dengan anak, dan
sebaliknya. Jangan pernah memikirkan hal yang tidak baik. Lakukanlah
pendekatan berkualiti jika kita hanya mempunyai sedikit masa; gunakan masa yang
minimum itu untuk berkongsi sepenuhnya dengan anak. Memang tidak mudah tapi
lakukanlah demi mereka dan keluarga kita, anak akan terbiasa.
No comments:
Post a Comment