Showing posts with label Tahfiz intensif. Show all posts
Showing posts with label Tahfiz intensif. Show all posts

Sunday, 29 May 2016

Program Cuti Sekolah Tahfiz Intensif - Kembali Lagi

Program Cuti Sekolah Tahfiz Intensif kini kembali menemui anda di Masjid Sayyidina Ali Bukit Katil. Pelbagai acara menarik telah disediakan untuk anak-anak terutamanya untuk persediaan Ramadhan yang bakal menjelma kurang dari sebulan lagi. Tambahan pula separuh dari cuti sekolah pada pertengahan tahun ini adalah di dalam bulan Ramadhan. 

Untuk kali ini kami membawakan modul hafazan dari Surah Al Muzammil (Orang yang berselimut). Selain dari menghafal surah al Muzammil, anak-anak juga didedahkan dengan ibrah dari Qiyamulail untuk persiapan Ramadhan yang bakal menjelma tak lama lagi. Selain itu, kami bawakan juga kisah Nabi Musa mengambil ibrah daripadanya kekuatan dakwah oleh baginda semasa menyampaikan mesej dakwah. 



Tidak dilupakan, aktiviti wajib Program Cuti Sekolah kami aktiviti sukan sunnah berkuda dan memanah. Ini adalah aktiviti yang paling ditunggu-tunggu oleh anak-anak setiap kali mereka menyertai program ini.




Kami ada promosi hebat, untuk 10 peserta terawal kami akan berikan sebuah buku Jurnal Ramadhan secara PERCUMA. Jurnal ini bernilai RM 20 yang sarat dengan aktiviti untuk anak-anak sepanjang 30 hari Ramadhan. Jika anak tuan puan merengek minta buka puasa awal tu bagi yang baru nak belajar puasa, jurnal ini boleh membantu dalam mengalih perhatian dan melewatkan masa tanpa disedari oleh anak anda. 




Macam mana? pasti banyak memberi manfaat kepada anak-anak tuan puan sepanjang cuti sekolah ni. Tuan puan sila lah daftar sekarang. Tak susah cuma klik link  di bawah ini. Jumpa anda di sana...

Tuesday, 6 May 2014

Program Cuti Sekolah - Tahfiz Intensif dan Sunnah


Cuti sekolah kembali lagi. Kali ini kami menganjurkan program Tahfiz Intensif & Sunnah untuk para pelajar sekolah mengisi hari cuti mereka dengan bermanfaat. Program kali ini kami akan bawakan kepada anda seorang personaliti terkenal dalam bidang Al Quran iaitu Ustaz Anuar Hasin yang merupakan Juara dalam Program realiti pertama Al Quran di Malaysia iaitu Akademi AL Quran di TV 9 pada musim kedua. Beliau juga pernah menjuarai Tilawah Al Quran Peringkat Antarabangsa 2013. Jangan lepaskan peluang bersama beliau Jun ini dalam Program Tahfiz Intensif & Sunnah Cuti Sekolah nanti.

Selain itu kami juga akan membawakan kepada anda aktiviti outdoor sunnah iaitu memanah dan berkuda. Aktiviti ini adalah amat bersesuaian dengan hadis nabi yang menyarankan agar anak-anak kita supaya diajar dalam memanah dan berkuda bagi menghadapi persiapan menghadapi musuh di akhir zaman nanti.

Untuk pengetahuan tuan puan, walaupun program ini julung kali diadakan di Melaka, namun ianya adalah aktiviti tahunan yang telah diadakan di sekitar Lembah Kelang sejak beberapa tahun lepas. Kali ini kami di Akademi Darul Ilmi berpeluang membawakan aktiviti ini kepada anda di Melaka dengan format dan modul yang sama. Jangan lepaskan peluang ini. Pendaftaran sudah dibuka. Sila layan gambar-gambar & video di bawah ini. Ini adalah aktiviti cuti sekolah kami pada musim lepas. Terima Kasih..










Amacam best tak? Kalau berminat klik DI SINI untuk mendaftar.