8. Campur Tangan Datuk, Nenek,
Saudara, atau Pihak Lain
Ibubapa berusaha untuk bertegas dan
sepakat satu sama lain dalam mendidik anak-anak, tiba-tiba ada pihak ke-3 yang
muncul dan cenderung membela si anak.
Pihak ke-3 yang dimaksudkan seperti
datuk, nenek,bapa saudara, ibu saudara atau pihak lain di luar keluarga.
Seperti kebiasaan ke-7 (ibubapa tidak
tegas), kesan ke anak tetap negatif bila dalam satu rumah terdapat pihak luar
yang campur tangan dalam hal mendidik anak. Anak akan cenderung berlindung pada
orang yang membelanya dan juga cenderung melawan ibubapanya.
Apa yang sebaiknya kita lakukan?
Pastikan dan yakinkan kepada siapa
pun yang tinggal di rumah kita untuk sepakat dalam mendidik dan tidak
mencampuri pada masa proses mendidik anak. Berikan penerangan dengan
bahasa yang boleh diterima baik oleh para pihak ke-3.
Penting bagi ibu dan bapa mempunyai kuasa mendidik kerana tanggungjawab ibubapa adalah mendidik bukan melepaskan tanggungjawab itu kepada pihak ke-3.
Sekiranya tiada masa atau terlampau sibuk, gunalah masa selepas subuh atau selepas isya' untuk mengajar nilai-nilai murni dan didikan supaya kita tidak tergolong dalam manusia yang tidak menjalankan amanah.
Alhamdulillah....
No comments:
Post a Comment