7. Ibubapa Tidak Tegas
Mendidik anak bukan hanya
tanggungjawab para ibu atau bapa sahaja, tapi kedua-duanya.
Ibubapa harus
mempunyai kata sepakat dalam mendidik anak-anaknya. Anak mudah menangkap
rasa yang menyenangkan dan tidak menyenangkan bagi dirinya.
Contoh, seorang ibu
melarang anaknya menonton TV dan memintanya untuk mengerjakan kerja sekolah,
namun pada masa yang sama, si bapa membela si anak dengan ayat tidak mengapa
menonton TV terus agar anak tidak stress.
Jika hal ini terjadi, anak akan
menilai ibunya jahat dan bapanya baik, akibatnya setiap kali ibunya memberi
perintah, ia akan mula melawan dengan berlindung dengan pembelaan bapanya.
Begitu juga sebaliknya.
Di hadapan anak, jangan berbeza
pendapat untuk hal-hal yang berkaitan dengan persoalan mendidik anak. Pada
masa salah seorang dari kita sedang mendidik anak, maka pasangan kita harus
menyokongnya.
Contoh, ketika si ibu mendidik anaknya untuk berlaku baik
terhadap si kakak, dan si ayah harus menyokong pernyataan, "Betul
kata mama, Dik. kamu perlu sayang dan hormati kakak .... "
No comments:
Post a Comment