Wednesday, 27 April 2016

Tabiat Ibu bapa yang memberi Kesan -tive kepada Perangai Dan Sahsiah Anak Part 2

Alhamdulillah kita bersambung semula...

2. Berbohong Kecil

Mulanya anak-anak kita adalah anak yang selalu mendengar kata ibubapanya.
Mengapa? Kerana mereka percaya sepenuhnya kepada ibubapanya.
Namun, ketika anak meningkat dewasa, dia sudah tidak menuruti arahan atau permintaan kita? 
Apa yang berlaku? 
Apakah anak kita sudah tidak percaya lagi dengan perkataan atau ucapan-ucapan kita lagi?
Tanpa sedar kita sebagai ibubapa setiap hari sering membohongi anak untuk mengelakkan kemahuannya. Salah satu contoh pada waktu kita tergesa-gesa pergi ke pejabat di pagi hari, anak kita ingin mengikut atau mengajak berjalan mengelilingi kawasan perumahan. Apa yang kita lakukan? Apakah kita menjelaskan dengan jawapan yang jujur? Atau kita memilih untuk berbohong dengan mengalihkan perhatian si kecil ke tempat lain, selepas itu kita bergegas pergi? Atau yang ekstrem kita mengatakan,
 "Papa / Mama hanya keluar sebentar, hanya ke depan saja, sebentaaar saja ya, Sayang." Tapi sebaliknya, kita pulang malam. Contah lain yang sering kita lakukan ketika kita sedang menyuap anak makan kita,
 "Kalau tak nak makan, nanti Papa/Mama tak bawa jalan-jalan" 
Padahal secara logik antara jalan-jalan dan cara / pola makan anak, tidak ada kaitan langsung.
Dari beberapa contoh di atas, jika kita berbohong kecil , kesannya ternyata besar. Anak tidak akan percaya lagi dengan kita sebagai ibubapa. Anak tidak dapat membezakan kenyataan kita yang boleh dipercayai atau tidak. Akhirnya, anak menganggap semua yang diucapkan oleh ibubapanya adalah bohong dan anak mula tidak menuruti segala perkataan kita.
Apa yang sebaiknya kita lakukan?
Berkatalah dengan jujur ​​kepada anak. Ungkapkan dengan penuh kasih dan pengertian:
"Sayang, Papa / Mama nak pergi kerja. Kamu tidak boleh ikut."

Kita tak perlu merasa bimbang dengan keadaan ini.Pastinya memerlukan lebih masa untuk memberi pemahaman kepada anak kerana biasanya mereka akan menangis. Anak menangis kerana dia belum memahami keadaan mengapa ibubapanya harus selalu pergi di pagi hari. Kita harus bersabar dan beri pemahaman kepada mereka secara terus menerus.Perlahan-lahan anak akan memahami keadaan mengapa ibubapanya selalu pergi di pagi hari dan bila pergi bekerja, anak tidak boleh ikut. Sebaliknya bila pergi ke tempat selain pejabat, anak pasti diajak ibubapanya. Pastikan kita selalu jujur ​​dalam mengatakan sesuatu. Anak akan mampu memahami dan menuruti apa yang kita katakan.

Bagaimana?Sudah tahu bagaimana ingin menukar kata-kata dan sikap kita?Inshallah banyak lagi akan menyusul...

No comments:

Post a Comment