37
Tabiat Ibubapa Memberi Kesan Buruk Terhadap Perangai Anak
·
Apakah
anda mula merasa susah mengawal tingkah laku anak anda?
·
Apakah
anda dan pasangan sering tidak sefahaman dalam mendidik anak anak?
·
Apakah
anak anda sering merengek dan memaksa untuk menuruti kemahuannya?
·
Apakah
anak anda sering bergaduh antara satu sama lain?
·
Apakah
anda susah hati kerana anak anda selalu menonton tv atau bermain PS?
Jika ada jawapan YA, sila baca tips yang akan kami sajikan kepada anda:
1. Tidak Pernah Bersalah
Sewaktu anak kita masih kecil dan
belajar untuk berjalan,mereka tanpa sengaja melanggar kerusi atau
meja. Lalu mereka menangis. Umumnya, yang dilakukan oleh ibubapa
supaya tangisan anak berhenti adalah dengan memukul kerusi atau meja yang tanpa
sengaja mereka langgar. Sambil berkata,
"Siapa yang
nakal? Papa / Mama dah pukul kerusi / meja ... sudah, cup .... cup ... diam
ye ..
Akhirnya si anak pun terdiam.
Ketika proses pemukulan terhadap
benda-benda yang mereka langgar, sebenarnya kita telah mengajar anak kita
bahawa dia tidak pernah bersalah.
Yang salahnya orang atau benda
lain. Pemikiran ini akan terus dibawa sehingga dewasa. Akibatnya,
apabila terjadi perselisihan atau pertengkaran, yang salah adalah orang lain,
dan dirinya selalu betul. Akhirnya, orang lain yang tidak melakukan kesalahan
akan menerima hukuman.
Kita sebagai ibubapa baru menyedari
hal tersebut ketika si anak sudah mula melawan kepada kita. Perilaku
melawan ini terbentuk sejak kecil kerana tanpa sedar kita telah mengajarkan
untuk tidak pernah merasa bersalah.
Lalu, apa yang sebaiknya kita lakukan
ketika si anak yang baru berjalan melanggar sesuatu sehingga membuatnya
menangis?
Sebaiknya, ajarlah dia untuk
bertanggungjawab atas apa yang terjadi; katakanlah padanya (sambil mengusap
bahagian yang terasa sakit): "Sayang, kamu langgar
ya. Sakit? Lain kali hati-hati, jalan perlahan-lahan supaya tidak
terkena lagi. "
Alhamdulillah semoga ia bermanfaat,tunggu edisi kami yang seterusnya Inshaallah.
No comments:
Post a Comment