Thursday 21 April 2016

Tabiat Ibubapa yang memberi kesan -tive kepada Perangai dan Sahsiah Anak Part 1

37 Tabiat Ibubapa Memberi Kesan Buruk Terhadap Perangai Anak
·             Apakah anda mula merasa susah mengawal tingkah laku anak anda?
·             Apakah anda dan pasangan sering tidak sefahaman dalam mendidik anak anak?
·             Apakah anak anda sering merengek dan memaksa untuk menuruti kemahuannya?
·             Apakah anak anda sering bergaduh antara satu sama lain?
·             Apakah anda susah hati kerana anak anda selalu menonton tv atau bermain PS?

Jika ada jawapan YA, sila baca tips yang akan kami sajikan kepada anda:

1. Tidak Pernah Bersalah
Sewaktu anak kita masih kecil dan belajar untuk berjalan,mereka tanpa sengaja melanggar kerusi atau meja. Lalu mereka menangis. Umumnya, yang dilakukan oleh ibubapa supaya tangisan anak berhenti adalah dengan memukul kerusi atau meja yang tanpa sengaja mereka langgar. Sambil berkata,
 "Siapa yang nakal? Papa / Mama dah pukul kerusi / meja ... sudah, cup .... cup ... diam ye .. 
Akhirnya si anak pun terdiam.
Ketika proses pemukulan terhadap benda-benda yang mereka langgar, sebenarnya kita telah mengajar anak kita bahawa dia tidak pernah bersalah.
Yang salahnya orang atau benda lain. Pemikiran ini akan terus dibawa sehingga dewasa. Akibatnya, apabila terjadi perselisihan atau pertengkaran, yang salah adalah orang lain, dan dirinya selalu betul. Akhirnya, orang lain yang tidak melakukan kesalahan akan menerima hukuman.
Kita sebagai ibubapa baru menyedari hal tersebut ketika si anak sudah mula melawan kepada kita. Perilaku melawan ini terbentuk sejak kecil kerana tanpa sedar kita telah mengajarkan untuk tidak pernah merasa bersalah.
Lalu, apa yang sebaiknya kita lakukan ketika si anak yang baru berjalan melanggar sesuatu sehingga membuatnya menangis? 
Sebaiknya, ajarlah dia untuk bertanggungjawab atas apa yang terjadi; katakanlah padanya (sambil mengusap bahagian yang terasa sakit): "Sayang, kamu langgar ya. Sakit? Lain kali hati-hati, jalan perlahan-lahan supaya tidak terkena lagi. "

Alhamdulillah semoga ia bermanfaat,tunggu edisi kami yang seterusnya Inshaallah.

No comments:

Post a Comment