Sunday 29 May 2016

Program Cuti Sekolah Tahfiz Intensif - Kembali Lagi

Program Cuti Sekolah Tahfiz Intensif kini kembali menemui anda di Masjid Sayyidina Ali Bukit Katil. Pelbagai acara menarik telah disediakan untuk anak-anak terutamanya untuk persediaan Ramadhan yang bakal menjelma kurang dari sebulan lagi. Tambahan pula separuh dari cuti sekolah pada pertengahan tahun ini adalah di dalam bulan Ramadhan. 

Untuk kali ini kami membawakan modul hafazan dari Surah Al Muzammil (Orang yang berselimut). Selain dari menghafal surah al Muzammil, anak-anak juga didedahkan dengan ibrah dari Qiyamulail untuk persiapan Ramadhan yang bakal menjelma tak lama lagi. Selain itu, kami bawakan juga kisah Nabi Musa mengambil ibrah daripadanya kekuatan dakwah oleh baginda semasa menyampaikan mesej dakwah. 



Tidak dilupakan, aktiviti wajib Program Cuti Sekolah kami aktiviti sukan sunnah berkuda dan memanah. Ini adalah aktiviti yang paling ditunggu-tunggu oleh anak-anak setiap kali mereka menyertai program ini.




Kami ada promosi hebat, untuk 10 peserta terawal kami akan berikan sebuah buku Jurnal Ramadhan secara PERCUMA. Jurnal ini bernilai RM 20 yang sarat dengan aktiviti untuk anak-anak sepanjang 30 hari Ramadhan. Jika anak tuan puan merengek minta buka puasa awal tu bagi yang baru nak belajar puasa, jurnal ini boleh membantu dalam mengalih perhatian dan melewatkan masa tanpa disedari oleh anak anda. 




Macam mana? pasti banyak memberi manfaat kepada anak-anak tuan puan sepanjang cuti sekolah ni. Tuan puan sila lah daftar sekarang. Tak susah cuma klik link  di bawah ini. Jumpa anda di sana...

Wednesday 25 May 2016

Tabiat Ibu bapa yang memberi Kesan -tive kepada Perangai Dan Sahsiah Anak Part 6

6. Merendahkan Diri Sendiri

Apa yang anda lakukan jika melihat anak anda bermain Playstation lebih dari belajar? Mungkin ini ayat yang sering kita ucapkan pada mereka,
"Tutup PS itu, nanti papa marah bila dia balik kerja petang ni !"
Atau kita ungkapkan dengan kenyataan lain, namun tetap dengan bentuk yang mungkin ditakuti oleh anak. Contoh pernyataan ancaman diatas adalah ketika yang ditakuti adalah  Papa.

Perhatikanlah ayat ancaman tersebut. Kita tidak sedar bahawa kita telah mengajarkan pada anak bahawa yang mampu untuk menghentikan mereka main PS adalah bapanya, maksudnya hanya si ayah saja yang ditakuti. Jangan hairan jika anak tidak mengendahkan perkataan kita kerana kita tidak mampu menghentikan mereka bermain PS.

Apa yang sebaiknya kita lakukan?


Dekati anak, tatap matanya, dan katakan dengan nada serius bahawa kita ingin dia berhenti main sekarang atau berikan pilihan, contohnya :
"Sayang, Papa / Mama nak kamu mandi. Nak mandi sekarang atau lima minit lagi? "Bila jawapannya" lima minit lagi Pa / Ma ". Kita jawab kembali, "Baik, selepas lima minit kamu mesti mandi. Tapi jika tidak berhenti selepas lima minit, dengan terpaksa papa / mama akan simpan PS sampai esok ".
Selepas lima minit, dekati si anak, tatap matanya dan katakan telah cukup lima minit. Jika anak tidak berganjak, teruskan menyimpan PS tersebut.
Nampak kasar perbuatan tersebut,tetapi ingatlah sekiranya tidak dididik dari kecil maka besar nanti kita akan menanggung masalah yang besar.


Wednesday 18 May 2016

Tabiat Ibu bapa yang memberi Kesan -tive kepada Perangai Dan Sahsiah Anak Part 5

5. Menekankan pada Hal-hal yang salah


Ramai ibubapa sering mengadu tentang anak-anaknya tidak patuh dan suka bertengkar. Ketika anak bertengkar, perhatian kita tertuju pada mereka, kita cuba melerai atau bahkan memarahi. Tapi apakah kita sebagai ibubapa pernah melihat ketika mereka sedang bermain dengan leka? Kita selalu menganggap bahawa tidak perlu menyapa mereka kerana mereka sedang leka.Situasi ini adalah salah, kerana akan menggalakkan mereka untuk bertengkar agar dapat menarik perhatian ibubapanya.

Apa yang sebaiknya kita lakukan?


Beri pujian setiap kali mereka sedang seronok bermain, setiap kali mereka berkongsi mainan antara mereka dengan ayat mudah difahami. Peluklah mereka sebagai tanda senang dan sayang.Itu secara tidak langsung akan menyebabkan anak-anak rasa dihargai walaupun mereka tahu apa yang mereka buat pada mulanya salah tetapi gembira kerana ibubapa tidak memarahi mereka.

Mashaallah.Banyak ilmu yang diperolehi.Semoga ia bermanafaat.

Wednesday 11 May 2016

Tabiat Ibu bapa yang memberi Kesan -tive kepada Perangai Dan Sahsiah Anak Part 4

4. Bicara Tidak Tepat Sasaran/Tidak Jelas Maksud


Pernahkah kita mengherdik anak dengan ayat seperti,
"Papa / Mama tidak suka bila kamu begini / begitu!" Atau "Papa / Mama tidak mau kamu berbuat seperti itu lagi!"

Namun kita lupa menjelaskan secara terperinci dan dengan baik, hal-hal atau tindakan apa saja yang kita inginkan. Anak tidak pernah tahu apa yang diinginkan atau diperlukan oleh ibubapanya dalam hl seperti itu.Akibatnya anak terus mencuba sesuatu yang baru. Dari banyak percubaan yang dilakukannya, tetapi selalu dikatakan salah oleh ibubapanya. Hal ini mengakibatkan mereka mengulangi dengan sengaja untuk melakukan hal-hal yang tidak disukai oleh ibubapanya. Tujuannya untuk mrmbuat ibubapanya kesal sebagai mana anak juga kesal apabila tindakannya selalu salah di hadapan ibubapa.

Apa yang sebaiknya kita lakukan?


Sampaikanlah hal-hal atau tindakan yang kita inginkan atau perlukan ketika kita menegur perilaku atau hal yang tidak kita sukai.Berkomunikasi dengan berkesan tentang hal atau perilaku yang kita inginkan atau perlukan. Apabila mereka sudah melakukan segala perkara atau perilaku yang kita inginkan atau perlukan, ucapkanlah terima kasih dengan tulus dan penuh kasih sayang atas segala usahanya untuk berubah.

Alhamdulillah...

Wednesday 4 May 2016

Tabiat Ibu bapa yang memberi Kesan -tive kepada Perangai Dan Sahsiah Anak Part 3


3. Banyak Mengancam/Mengugut/Memberi Amaran



"Adik, jangan naik ke atas meja! nanti jatuh dan tiada yang nak tolong! "
"Jangan ganggu adik, nanti Mama / Papa marah!"
Pada anak, pernyataan seperti melarang atau perintah dan disuarakan dengan cara menjerit tanpa kita berganjak dari tempat duduk atau tanpa kita menghentikan suatu aktiviti, kenyataan itu sudah termasuk ancaman. Apa lagi jika ada ayat tambahan ".... nanti Mama / Papa marah!"
Seorang anak sangat pandai dalam mempelajari cara ibubapanya; dia boleh mengetahui cara ibubapanya mendidik, memesongkan atau mengawal cara ibubapanya. Hal ini terjadi bila kita sering menggunakan ancaman dengan kata-kata, namun selepas itu tidak ada tindakan lanjut atau mungkin kita sudah lupa dengan ancaman-ancaman yang pernah kita ucapkan.
Apa yang sebaiknya kita lakukan? .

Kita tidak perlu menjerit-jerit seperti itu. Dekati si anak, hadapkan seluruh tubuh dan perhatian kita padanya. Tatap matanya dengan lembut, namun tunjukkan riak muka/ekspresi kita tidak senang dengan tindakan yang mereka lakukan. Sikap itu juga ditegaskan dengan kata-kata,
"Sayang, Papa / Mama minta supaya kamu boleh meminjamkan mainan ini pada adikmu.
Papa / Mama akan makin sayang dengan kamu. "
Tidak perlu dengan ancaman atau jeritan. Atau kita boleh juga menyatakan suatu pernyataan yang menjelaskan suatu akibat, contohnya
"Sayang, bila kamu tidak meminjamkan mainan in ke adikmu, Papa / Mama akan simpan mainan ini dan kamu berdua tidak boleh bermain. Mainan akan Papa / Mama keluarkan jika kamu pinjamkan mainan itu ke adikmu. "
Tepati kenyataan kita dengan tindakan.


Inshalah akan banyak lagi yang akan datang...