Saturday 1 February 2014

Pra Pendaftaran Akademi Al Quran ABS Darul Ilmi dibuka

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dengan limpahan kurnia Allah yang Maha Pemberi lagi Maha Pengasihani, Akademi Al Quran ABS Darul Ilmi kini membuka pra pendaftaran sesi pertamanya untuk kemasukan Mac 2014. Akademi ini yang mensasarkan celik Al Quran bukan sahaja dari segi pembacaan malahan ia juga dari segi penghayatannya dalam usaha melahirkan generasi soleh. Tuan tuan yang berminat untuk menghantar anak-anak untuk mengikuti pengajian di akademi ini bolehlah membuat pendaftaran secara online seperti yang terdapat di bahagian atas site ini.

Antara program yang kami tawarkan adalah program pembelajaran Al-Quran (belajar membaca kaedah Iqra'), program tahfiz jangka panjang dan pendek, pemahaman tafsir Al-Quran melalui kaedah Modul Khabar Gembira, pengajian bahasa Arab melalui surah-surah di dalam Al-Quran. Selain itu, kami menjalankan akademi ini dengan gaya Bahasa Melayu Tinggi dan kaedah komunikasi Gaya Nabi Muhammad hasil kajian dari kalangan pakar hadis dan psikologi kami sejak dari beberapa tahun lepas. Harapan kami dengan wujudnya akademi ini bakal melahirkan anak-anak yang soleh dan penyantun untuk pembangunan modal insan di masa hadapan. Semoga Allah memberkati usaha kecil ini dengan sokongan tuan-puan semua.

Klik di sini untuk Pra Pendaftaran