Friday 18 July 2014

Program Tahfiz Sambilan


PENDAFTARAN PROGRAM TAHFIZ SAMBILAN KINI DIBUKA
Mahukah tuan puan kalau melatih anak tuan puan hafazan Al Quran secara sambilan di hujung minggu?
Mahu hantar anak ke sekolah tahfiz tapi tiada pakej yang ditawarkan secara separuh masa?

Daftarkan anak anda ke Program Tahfiz Sambilan yang diadakan seminggu sekali dari jam 8.30 pagi hingga 12.00 tengah hari. Program ini akan diadakan 3 kali sebulan pada Sabtu minggu pertama hingga minggu ketiga.
Anak anda akan dilatih menghafal dari juzuk amma, 10 surah pilihan dan boleh diteruskan sehingga menghafal 30 Juzuk Al Quran. Kelas akan bermula Ogos ini.
Sinari hujung minggu anak anda dengan Al Quran agar berjaya di dunia dan akhirat. Daftar sekarang di http://bit.ly/tahfizsambilandarulilmi

Tuesday 6 May 2014

Program Cuti Sekolah - Tahfiz Intensif dan Sunnah


Cuti sekolah kembali lagi. Kali ini kami menganjurkan program Tahfiz Intensif & Sunnah untuk para pelajar sekolah mengisi hari cuti mereka dengan bermanfaat. Program kali ini kami akan bawakan kepada anda seorang personaliti terkenal dalam bidang Al Quran iaitu Ustaz Anuar Hasin yang merupakan Juara dalam Program realiti pertama Al Quran di Malaysia iaitu Akademi AL Quran di TV 9 pada musim kedua. Beliau juga pernah menjuarai Tilawah Al Quran Peringkat Antarabangsa 2013. Jangan lepaskan peluang bersama beliau Jun ini dalam Program Tahfiz Intensif & Sunnah Cuti Sekolah nanti.

Selain itu kami juga akan membawakan kepada anda aktiviti outdoor sunnah iaitu memanah dan berkuda. Aktiviti ini adalah amat bersesuaian dengan hadis nabi yang menyarankan agar anak-anak kita supaya diajar dalam memanah dan berkuda bagi menghadapi persiapan menghadapi musuh di akhir zaman nanti.

Untuk pengetahuan tuan puan, walaupun program ini julung kali diadakan di Melaka, namun ianya adalah aktiviti tahunan yang telah diadakan di sekitar Lembah Kelang sejak beberapa tahun lepas. Kali ini kami di Akademi Darul Ilmi berpeluang membawakan aktiviti ini kepada anda di Melaka dengan format dan modul yang sama. Jangan lepaskan peluang ini. Pendaftaran sudah dibuka. Sila layan gambar-gambar & video di bawah ini. Ini adalah aktiviti cuti sekolah kami pada musim lepas. Terima Kasih..










Amacam best tak? Kalau berminat klik DI SINI untuk mendaftar.



Tuesday 11 March 2014

Pakej Yuran dan Pendaftaran di Akademi Darul Ilmi

Kami di Akademi Al Quran ABS Darul Ilmi menawarkan pelbagai pakej pengajian yang bersesuaian dengan anda sama ada dari segi kos kewangan atau masa. Berikut adalah maklumat lengkap pakej tawaran pengajian yang ditawarkan.
















Tuesday 4 March 2014

Pakej Dewasa Akademi Darul Ilmi

Kami juga menawarkan pakej untuk dewasa untuk belajar al Quran di akademi kami. Boleh dijalankan sama ada guru hadir ke rumah atau datang sendiri ke akademi untuk sesi pengajian. Berikut adalah pakej dewasa yang kami tawarkan.



Saturday 1 March 2014

Pakej Pengajian Kanak-kanak di Darul Ilmi





Kami menawarkan program pengajian Al Quran dari peringkat asas hingga mahir untuk kanak-kanak dan remaja antara usia 5 tahun sehingga 17 tahun. Program-program di atas termasuk dengan Modul Khabar Gembira iaitu pengajian Tafsir Al Quran dengan kaedah yang berbentuk penceritaan (story telling) yang membolehkan anak-anak bukan sahaja sekadar mempelajari membaca Al-Quran, malah menghayati isi kandungannya yang bakal memberi makna ke dalam hidupnya sepanjang hayat. Matlamat kami adalah untuk memberi kefahaman Al-Quran kepada anak anda di samping mempunyai bacaan yang baik.

Pendaftaran sudah dibuka, sila klik di sini.

Sesi Pengajian Akademi Darul Ilmi


Kami menawarkan sesi pengajian yang fleksibel. Sesuai untuk semua peringkat sama ada kanak-kanak bersekolah atau yang individu bekerjaya. Ini adalah usaha kami bagi menjadikan Al-Quran sebahagian dari hidup anda sebagai muslim. Rebutlah peluang ini. Semoga anda di dalam rahmat Allah.

Saturday 1 February 2014

Pra Pendaftaran Akademi Al Quran ABS Darul Ilmi dibuka

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dengan limpahan kurnia Allah yang Maha Pemberi lagi Maha Pengasihani, Akademi Al Quran ABS Darul Ilmi kini membuka pra pendaftaran sesi pertamanya untuk kemasukan Mac 2014. Akademi ini yang mensasarkan celik Al Quran bukan sahaja dari segi pembacaan malahan ia juga dari segi penghayatannya dalam usaha melahirkan generasi soleh. Tuan tuan yang berminat untuk menghantar anak-anak untuk mengikuti pengajian di akademi ini bolehlah membuat pendaftaran secara online seperti yang terdapat di bahagian atas site ini.

Antara program yang kami tawarkan adalah program pembelajaran Al-Quran (belajar membaca kaedah Iqra'), program tahfiz jangka panjang dan pendek, pemahaman tafsir Al-Quran melalui kaedah Modul Khabar Gembira, pengajian bahasa Arab melalui surah-surah di dalam Al-Quran. Selain itu, kami menjalankan akademi ini dengan gaya Bahasa Melayu Tinggi dan kaedah komunikasi Gaya Nabi Muhammad hasil kajian dari kalangan pakar hadis dan psikologi kami sejak dari beberapa tahun lepas. Harapan kami dengan wujudnya akademi ini bakal melahirkan anak-anak yang soleh dan penyantun untuk pembangunan modal insan di masa hadapan. Semoga Allah memberkati usaha kecil ini dengan sokongan tuan-puan semua.

Klik di sini untuk Pra Pendaftaran