Wednesday 6 July 2016

Tabiat Ibu bapa yang memberi Kesan -tive kepada Perangai Dan Sahsiah Anak Part 12

12. Rasa Bersalah Kerana Tidak Boleh Memberikan yang Terbaik

Kehidupan metropolitan telah memaksa sebahagian besar ibubapa banyak menghabiskan masa di pejabat dan di jalan raya daripada bersama anak.Terbatasnya masa inilah yang menyebabkan ramai ibubapa merasa bersalah atas situasi ini. Akibat dari perasaan bersalah ini, kita, membenarkan perangai buruk anak dengan ungkapan yang sering dilontarkan, 

"Biarlah dia seperti ini mungkin kerana saya jarang meluangkan masa dengannya ..."

Semakin kita merasa bersalah terhadap keadaan, semakin banyak kita menyemai tingkah laku buruk anak. Semakin kita maklum tingkah laku buruk anak, anak juga akan semakin sering melakukannya. Sebahagian besar tingkah laku anak bermasalah yang pernah saya (penulis) hadapi banyak berpunca dari cara ibubapa berfikir yang seperti ini.

Apa yang sebaiknya kita lakukan? 


Kita tidak boleh membandingkan keadaan sosial ekonomi dan masa kita dengan orang lain. Setiap keluarga mempunyai masalah yang tersendiri. Ada orang yang punya kelebihan dari segi kewangan tapi kesuntukan masa bertemu dengan anak, dan sebaliknya. Jangan pernah memikirkan hal yang tidak baik. Lakukanlah pendekatan berkualiti jika kita hanya mempunyai sedikit masa; gunakan masa yang minimum itu untuk berkongsi sepenuhnya dengan anak. Memang tidak mudah tapi lakukanlah demi mereka dan keluarga kita, anak akan terbiasa.

No comments:

Post a Comment