Wednesday, 29 June 2016

Tabiat Ibu bapa yang memberi Kesan -tive kepada Perangai Dan Sahsiah Anak Part 11

11. Hadiah untuk Kelakuan Buruk Anak

Acapkali kita tidak konsisten dengan kenyataan yang pernah kita nyatakan. Bila hal ini terjadi, tanpa kita sedari kita telah mengajar anak untuk melawan kita.

Contoh klasik dan sering terjadi adalah pada saat kita bersama anak di tempat awam, anak merengek meminta sesuatu dan rengekannya menjadi jeritan dan ada gerak perlawanan. Anak terus mencari akal agar keinginannya dipenuhi, dan menyebabkan kita malu. Pada masa inilah kita seringkali kalah kerana tidak sabar lagi dengan rengekan anak kita.Akhirnya kita mengiyakan keinginan si anak.
"Ya sudah; kamu ambil satu pemainannya. Satu saja ya! "

Kenyataan tersebut adalah sebagai hadiah bagi perilaku buruk si anak. Anak akan mempelajarinya dan mengulangi pada hari lain bahkan mungkin dengan cara yang lebih lagi.


Menghadapi keadaan seperti ini, tetaplah konsisten; tidak perlu malu atau takut dikatakan sebagai ibubapa yang tidak mengawal anaknya. Ingatlah selalu bahawa kita sedang mendidik anak, apabila kita konsisten dan tegas anak tidak akan mengulangi lagi. Tetaplah KONSISTEN dan pantang menyerah! Apapun alasannya, jangan pernah memberi hadiah pada perilaku buruk si anak.

Wednesday, 22 June 2016

Tabiat Ibu bapa yang memberi Kesan -tive kepada Perangai Dan Sahsiah Anak Part 10

10. Ucapan dan Tindakan Tidak Sesuai/Tidak Selaras



Konsisten mutlak diperlukan dalam mendidk anak. Konsisten merupakan kesesuaian antara yang dinyatakan dan tindakan. Anak mempunyai ingatan yang tajam terhadap suatu janji, dan ia sangat menghormati orang-orang yang menepati janji baik untuk memberi hadiah atau janji untuk memberi hukuman. Jangan pernah menabur janji kepada anak dengan tujuan untuk memujuknya, agar ia mengikuti permintaan kita seperti segera mandi, selalu belajar, tidak menonton televisyen. Fikirlah terlebih dahulu sebelum berjanji sama ada kita benar-benar boleh memenuhi janji tersebut. Jika ada janji yang tidak boleh dipenuhi segeralah minta maaf, berikan alasan yang jujur ​​dan minta dia untuk menentukan apa yang kita boleh lakukan bersama anak untuk menukar janji itu.

Hati-hati dalam menabur janji.Ia samada akan memberi nikmat kepada kita atau memakan diri kita.Semoga Ia bermanafaat.

Wednesday, 15 June 2016

Tabiat Ibu bapa yang memberi Kesan -tive kepada Perangai Dan Sahsiah Anak Part 9

9. Menakutkan Anak

Kebiasaan ini dilakukan oleh ibubapa semasa anak menangis dan berusaha untuk menenangkan dia. Kita juga terbiasa mengugut anak untuk mengalihkan perhatiannya, 

"Ada pengawal keselamatan, tidak boleh beli mainan itu!" 

Hasilnya memang anak sering kali berhenti merengek atau menangis, namun secara tidak sedar kita telah menanamkan rasa takut atau benci pada institusi atau pihak yang kita sebutkan .


Sebaiknya, berkata dengan jujur ​​dan terangkan kepada anak seperti kita menerangkan kepada orang dewasa kerana anak-anak juga mampu berfikir dewasa.
 Jika anak tetap memaksa, katakanlah dengan penuh makna dan tataplah matanya, "Kamu boleh menangis, tapi papa / mama tetap tidak akan membelikan gula-gula." Biarkan anak kita yang memaksa tadi menangis hingga diam dengan sendirinya.

Wednesday, 8 June 2016

Tabiat Ibu bapa yang memberi Kesan -tive kepada Perangai Dan Sahsiah Anak Part 8

8. Campur Tangan Datuk, Nenek, Saudara, atau Pihak Lain


Ibubapa berusaha untuk bertegas dan sepakat satu sama lain dalam mendidik anak-anak, tiba-tiba ada pihak ke-3 yang muncul dan cenderung membela si anak. 

Pihak ke-3 yang dimaksudkan seperti datuk, nenek,bapa saudara, ibu saudara atau pihak lain di luar keluarga.

Seperti kebiasaan ke-7 (ibubapa tidak tegas), kesan ke anak tetap negatif bila dalam satu rumah terdapat pihak luar yang campur tangan dalam hal mendidik anak. Anak akan cenderung berlindung pada orang yang membelanya dan juga cenderung melawan ibubapanya.

Apa yang sebaiknya kita lakukan?


Pastikan dan yakinkan kepada siapa pun yang tinggal di rumah kita untuk sepakat dalam mendidik dan tidak mencampuri pada masa proses mendidik anak. Berikan penerangan  dengan bahasa yang boleh diterima baik oleh para pihak ke-3.

Penting bagi ibu dan bapa mempunyai kuasa mendidik kerana tanggungjawab ibubapa adalah mendidik bukan melepaskan tanggungjawab itu kepada pihak ke-3.
Sekiranya tiada masa atau terlampau sibuk, gunalah masa selepas subuh atau selepas isya' untuk mengajar nilai-nilai murni dan didikan supaya kita tidak tergolong dalam manusia yang tidak menjalankan amanah.

Alhamdulillah....

Wednesday, 1 June 2016

Tabiat Ibu bapa yang memberi Kesan -tive kepada Perangai Dan Sahsiah Anak Part 7

7. Ibubapa Tidak Tegas


Mendidik anak bukan hanya tanggungjawab para ibu atau bapa sahaja, tapi kedua-duanya. 
Ibubapa harus mempunyai kata sepakat dalam mendidik anak-anaknya. Anak mudah menangkap rasa yang menyenangkan dan tidak menyenangkan bagi dirinya.
Contoh, seorang ibu melarang anaknya menonton TV dan memintanya untuk mengerjakan kerja sekolah, namun pada masa yang sama, si bapa membela si anak dengan ayat tidak mengapa menonton TV terus agar anak tidak stress.
 Jika hal ini terjadi, anak akan menilai ibunya jahat dan bapanya baik, akibatnya setiap kali ibunya memberi perintah, ia akan mula melawan dengan berlindung dengan pembelaan bapanya. Begitu juga sebaliknya. 
 Di hadapan anak, jangan berbeza pendapat untuk hal-hal yang berkaitan dengan persoalan mendidik anak. Pada masa salah seorang dari kita sedang mendidik anak, maka pasangan kita harus menyokongnya.
 Contoh, ketika si ibu mendidik anaknya untuk berlaku baik terhadap si kakak, dan si ayah harus menyokong pernyataan, "Betul kata mama, Dik. kamu perlu sayang dan hormati kakak .... "