Sunday, 12 March 2017

Pendaftaran Sesi 2017 Masih Lagi Dibuka

Kami masih lagi membuka pendaftaran pelajar bagi sesi 2017. Masih belum terlewat untukmenghantar anak-anak kita ke kelas mengaji dan tahfiz walaupun sudah hampir 3 bulan sesi persekolahan 2017 sudah dimulakan. 

Untuk tahun ini kami menambah tempat pelajar sebanyak 30 orang bagi setiap sesi pengajian. Ini bermakna kami bakal menyediakan 3 orang orang guru yang kredibel bagi setiap 10 orang pelajar. Sepertimana janji-janji kami pada anda sebelum ini, kualiti adalah jaminan utama kami agar setiap pelajar dapat menerima pendidikan Al Quran terbaik dan dapat memanfaatkan ilmu sepanjang kehidupan mereka sehingga dewasa.

Yuran yang berpatutan, suasana yang kondusif, modul pembelajaran efisen dan guru yang berkredibiliti tinggi adalah jaminan sepanjang masa kami kepada anda. Semoga usaha anda dalam mendidik anak-anak dengan Al Quran akan sentiasa dipermudahkan dan mendapat keredhaan Allah.


Saya mahu tahu lagi via WhatsApp



Wednesday, 27 July 2016

Tabiat Ibu bapa yang memberi Kesan -tive kepada Perangai Dan Sahsiah Anak Part 15

15. Ego Untuk Menyapa

Kita pasti pernah mengalami bahawa kita terlanjur marah besar pada anak, biasanya marah terbawa lebih dari sehari, akibat dari rasa kesal yang masih tersisa dan rasa ego, kita enggan menyapa anak kita. Masing-masing menunggu untuk memulakan kembali hubungan yang normal.


Apa yang perlu kita lakukan agar komunikasi cair kembali? Siapa yang seharusnya memulakan? Kita sebagai ibubapalah yang seharusnya memulakan masa anak mula menunjukkan tanda-tanda perdamaian dan mengikuti keinginan kita. Dengan cara ini kita dapat menunjukkan kepada anak bahawa kita tidak suka pada sikap anak, bukan pada peribadinya.

Wednesday, 20 July 2016

Tabiat Ibu bapa yang memberi Kesan -tive kepada Perangai Dan Sahsiah Anak Part 14

14. Marah Yang Berlebihan

Kita seringkali menyamakan antara mendidik dengan memarahi. Perlu diingat, memarahi adalah salah satu cara mendidik yang paling buruk.
Pada saat memarahi anak, kita bukan sedang mendidik mereka, melainkan melepaskan geram atau kekesalan kerana kita tidak boleh mengatasi masalah dengan baik. Marah juga hanya usaha untuk melemparkan kesalahan pada pihak lain [dan biasanya yang lebih lemah seperti anak-anak].

Apa yang sebaiknya kita lakukan?

Jangan bercakap ketika marah! Jadi tahanlah dengan cara yang selesa untuk kita lakukan seperti masuk bilik mandi atau ke mana-mana sehingga marah reda.
 Yang perlu dilakukan adalah bicara "tegas" bukan bicara "keras".Bicara yang tegas adalah dengan nada yang rata, dengan serius dan menatap wajah serta matanya dalam dalam.
 Bicara tegas adalah bicara pada ketika fikiran kita rasional, sedangkan bicara keras adalah pada masa fikiran kita dikuasai emosi.


Satu contoh lagi yang kurang baik, ketika marah biasanya kita emosi dan mengucapkan / melakukan hal hal yang kelak kita sesali, setelah ini terjadi, biasanya kita akan menyesal dan berusaha memperbaikinya dengan membolehkan hal-hal yang sebelumnya kita larang.
 Bila hal ini berulang kali, maka anak kita akan selalu berusaha memancing marah kita, dan kesudahannya si anak menikmati hasilnya. Anak yang sering dimarahi tidak akan jadi lebih baik.

Wednesday, 13 July 2016

Tabiat Ibu bapa yang memberi Kesan -tive kepada Perangai Dan Sahsiah Anak Part 13

13. Mudah menyerah dan pasrah

Setiap manusia mempunyai watak yang berbeza-beza, ada yang lembut dan ada yang keras.

Kebanyakan ciri watak yang dimiliki oleh ibubapa adalah kurang tegas, mudah menyerah, selalu takut salah dan cenderung mengalah/pasrah. 

Konflik ini biasanya berlaku bila mempunyai anak yang berwatak keras. Akibatnya, si anak jauh lebih dominan untuk mempengaruhi keputusan dan ibubapa sukar mengawal tingkah laku anaknya dan cenderung pasrah.

Apa yang sebaiknya kita lakukan?


Belajar dan berusaha dengan keras untuk menjadi lebih tegas dalam mengambil keputusan, tingkatkan watak keteguhan hati dan pantang menyerah. Jika perlu, ambil orang yang kita anggap tegas untuk jadi penasihat harian kita.

Wednesday, 6 July 2016

Tabiat Ibu bapa yang memberi Kesan -tive kepada Perangai Dan Sahsiah Anak Part 12

12. Rasa Bersalah Kerana Tidak Boleh Memberikan yang Terbaik

Kehidupan metropolitan telah memaksa sebahagian besar ibubapa banyak menghabiskan masa di pejabat dan di jalan raya daripada bersama anak.Terbatasnya masa inilah yang menyebabkan ramai ibubapa merasa bersalah atas situasi ini. Akibat dari perasaan bersalah ini, kita, membenarkan perangai buruk anak dengan ungkapan yang sering dilontarkan, 

"Biarlah dia seperti ini mungkin kerana saya jarang meluangkan masa dengannya ..."

Semakin kita merasa bersalah terhadap keadaan, semakin banyak kita menyemai tingkah laku buruk anak. Semakin kita maklum tingkah laku buruk anak, anak juga akan semakin sering melakukannya. Sebahagian besar tingkah laku anak bermasalah yang pernah saya (penulis) hadapi banyak berpunca dari cara ibubapa berfikir yang seperti ini.

Apa yang sebaiknya kita lakukan? 


Kita tidak boleh membandingkan keadaan sosial ekonomi dan masa kita dengan orang lain. Setiap keluarga mempunyai masalah yang tersendiri. Ada orang yang punya kelebihan dari segi kewangan tapi kesuntukan masa bertemu dengan anak, dan sebaliknya. Jangan pernah memikirkan hal yang tidak baik. Lakukanlah pendekatan berkualiti jika kita hanya mempunyai sedikit masa; gunakan masa yang minimum itu untuk berkongsi sepenuhnya dengan anak. Memang tidak mudah tapi lakukanlah demi mereka dan keluarga kita, anak akan terbiasa.

Wednesday, 29 June 2016

Tabiat Ibu bapa yang memberi Kesan -tive kepada Perangai Dan Sahsiah Anak Part 11

11. Hadiah untuk Kelakuan Buruk Anak

Acapkali kita tidak konsisten dengan kenyataan yang pernah kita nyatakan. Bila hal ini terjadi, tanpa kita sedari kita telah mengajar anak untuk melawan kita.

Contoh klasik dan sering terjadi adalah pada saat kita bersama anak di tempat awam, anak merengek meminta sesuatu dan rengekannya menjadi jeritan dan ada gerak perlawanan. Anak terus mencari akal agar keinginannya dipenuhi, dan menyebabkan kita malu. Pada masa inilah kita seringkali kalah kerana tidak sabar lagi dengan rengekan anak kita.Akhirnya kita mengiyakan keinginan si anak.
"Ya sudah; kamu ambil satu pemainannya. Satu saja ya! "

Kenyataan tersebut adalah sebagai hadiah bagi perilaku buruk si anak. Anak akan mempelajarinya dan mengulangi pada hari lain bahkan mungkin dengan cara yang lebih lagi.


Menghadapi keadaan seperti ini, tetaplah konsisten; tidak perlu malu atau takut dikatakan sebagai ibubapa yang tidak mengawal anaknya. Ingatlah selalu bahawa kita sedang mendidik anak, apabila kita konsisten dan tegas anak tidak akan mengulangi lagi. Tetaplah KONSISTEN dan pantang menyerah! Apapun alasannya, jangan pernah memberi hadiah pada perilaku buruk si anak.

Wednesday, 22 June 2016

Tabiat Ibu bapa yang memberi Kesan -tive kepada Perangai Dan Sahsiah Anak Part 10

10. Ucapan dan Tindakan Tidak Sesuai/Tidak Selaras



Konsisten mutlak diperlukan dalam mendidk anak. Konsisten merupakan kesesuaian antara yang dinyatakan dan tindakan. Anak mempunyai ingatan yang tajam terhadap suatu janji, dan ia sangat menghormati orang-orang yang menepati janji baik untuk memberi hadiah atau janji untuk memberi hukuman. Jangan pernah menabur janji kepada anak dengan tujuan untuk memujuknya, agar ia mengikuti permintaan kita seperti segera mandi, selalu belajar, tidak menonton televisyen. Fikirlah terlebih dahulu sebelum berjanji sama ada kita benar-benar boleh memenuhi janji tersebut. Jika ada janji yang tidak boleh dipenuhi segeralah minta maaf, berikan alasan yang jujur ​​dan minta dia untuk menentukan apa yang kita boleh lakukan bersama anak untuk menukar janji itu.

Hati-hati dalam menabur janji.Ia samada akan memberi nikmat kepada kita atau memakan diri kita.Semoga Ia bermanafaat.