Wednesday, 27 April 2016

Tabiat Ibu bapa yang memberi Kesan -tive kepada Perangai Dan Sahsiah Anak Part 2

Alhamdulillah kita bersambung semula...

2. Berbohong Kecil

Mulanya anak-anak kita adalah anak yang selalu mendengar kata ibubapanya.
Mengapa? Kerana mereka percaya sepenuhnya kepada ibubapanya.
Namun, ketika anak meningkat dewasa, dia sudah tidak menuruti arahan atau permintaan kita? 
Apa yang berlaku? 
Apakah anak kita sudah tidak percaya lagi dengan perkataan atau ucapan-ucapan kita lagi?
Tanpa sedar kita sebagai ibubapa setiap hari sering membohongi anak untuk mengelakkan kemahuannya. Salah satu contoh pada waktu kita tergesa-gesa pergi ke pejabat di pagi hari, anak kita ingin mengikut atau mengajak berjalan mengelilingi kawasan perumahan. Apa yang kita lakukan? Apakah kita menjelaskan dengan jawapan yang jujur? Atau kita memilih untuk berbohong dengan mengalihkan perhatian si kecil ke tempat lain, selepas itu kita bergegas pergi? Atau yang ekstrem kita mengatakan,
 "Papa / Mama hanya keluar sebentar, hanya ke depan saja, sebentaaar saja ya, Sayang." Tapi sebaliknya, kita pulang malam. Contah lain yang sering kita lakukan ketika kita sedang menyuap anak makan kita,
 "Kalau tak nak makan, nanti Papa/Mama tak bawa jalan-jalan" 
Padahal secara logik antara jalan-jalan dan cara / pola makan anak, tidak ada kaitan langsung.
Dari beberapa contoh di atas, jika kita berbohong kecil , kesannya ternyata besar. Anak tidak akan percaya lagi dengan kita sebagai ibubapa. Anak tidak dapat membezakan kenyataan kita yang boleh dipercayai atau tidak. Akhirnya, anak menganggap semua yang diucapkan oleh ibubapanya adalah bohong dan anak mula tidak menuruti segala perkataan kita.
Apa yang sebaiknya kita lakukan?
Berkatalah dengan jujur ​​kepada anak. Ungkapkan dengan penuh kasih dan pengertian:
"Sayang, Papa / Mama nak pergi kerja. Kamu tidak boleh ikut."

Kita tak perlu merasa bimbang dengan keadaan ini.Pastinya memerlukan lebih masa untuk memberi pemahaman kepada anak kerana biasanya mereka akan menangis. Anak menangis kerana dia belum memahami keadaan mengapa ibubapanya harus selalu pergi di pagi hari. Kita harus bersabar dan beri pemahaman kepada mereka secara terus menerus.Perlahan-lahan anak akan memahami keadaan mengapa ibubapanya selalu pergi di pagi hari dan bila pergi bekerja, anak tidak boleh ikut. Sebaliknya bila pergi ke tempat selain pejabat, anak pasti diajak ibubapanya. Pastikan kita selalu jujur ​​dalam mengatakan sesuatu. Anak akan mampu memahami dan menuruti apa yang kita katakan.

Bagaimana?Sudah tahu bagaimana ingin menukar kata-kata dan sikap kita?Inshallah banyak lagi akan menyusul...

Thursday, 21 April 2016

Tabiat Ibubapa yang memberi kesan -tive kepada Perangai dan Sahsiah Anak Part 1

37 Tabiat Ibubapa Memberi Kesan Buruk Terhadap Perangai Anak
·             Apakah anda mula merasa susah mengawal tingkah laku anak anda?
·             Apakah anda dan pasangan sering tidak sefahaman dalam mendidik anak anak?
·             Apakah anak anda sering merengek dan memaksa untuk menuruti kemahuannya?
·             Apakah anak anda sering bergaduh antara satu sama lain?
·             Apakah anda susah hati kerana anak anda selalu menonton tv atau bermain PS?

Jika ada jawapan YA, sila baca tips yang akan kami sajikan kepada anda:

1. Tidak Pernah Bersalah
Sewaktu anak kita masih kecil dan belajar untuk berjalan,mereka tanpa sengaja melanggar kerusi atau meja. Lalu mereka menangis. Umumnya, yang dilakukan oleh ibubapa supaya tangisan anak berhenti adalah dengan memukul kerusi atau meja yang tanpa sengaja mereka langgar. Sambil berkata,
 "Siapa yang nakal? Papa / Mama dah pukul kerusi / meja ... sudah, cup .... cup ... diam ye .. 
Akhirnya si anak pun terdiam.
Ketika proses pemukulan terhadap benda-benda yang mereka langgar, sebenarnya kita telah mengajar anak kita bahawa dia tidak pernah bersalah.
Yang salahnya orang atau benda lain. Pemikiran ini akan terus dibawa sehingga dewasa. Akibatnya, apabila terjadi perselisihan atau pertengkaran, yang salah adalah orang lain, dan dirinya selalu betul. Akhirnya, orang lain yang tidak melakukan kesalahan akan menerima hukuman.
Kita sebagai ibubapa baru menyedari hal tersebut ketika si anak sudah mula melawan kepada kita. Perilaku melawan ini terbentuk sejak kecil kerana tanpa sedar kita telah mengajarkan untuk tidak pernah merasa bersalah.
Lalu, apa yang sebaiknya kita lakukan ketika si anak yang baru berjalan melanggar sesuatu sehingga membuatnya menangis? 
Sebaiknya, ajarlah dia untuk bertanggungjawab atas apa yang terjadi; katakanlah padanya (sambil mengusap bahagian yang terasa sakit): "Sayang, kamu langgar ya. Sakit? Lain kali hati-hati, jalan perlahan-lahan supaya tidak terkena lagi. "

Alhamdulillah semoga ia bermanfaat,tunggu edisi kami yang seterusnya Inshaallah.

Wednesday, 20 April 2016

Kelas Asas Memanah Junior Siri 1

* Fleksible (Hari Ahad Sahaja)
* Tidak Memerlukan Alatan(Disediakan)
* Harga Berpatutan
* Sukan Sunnah
* Mengajar Displin dan Sabar
Tempat : Akademi Al-Quran Darul Ilmi Bukit Katil Melaka(2.229420,102.293197)
Masa : 9.00 Pagi—10.00 Pagi( Satu Jam)
Tarikh : Setiap Hari Ahad
Bayaran : 2 JAM RM 35
Pendaftaran Tahunan:RM 50
Sebarang Pertanyaan boleh hubungi
0142238253
Atau
0108406730
"Memanah untuk Semua"
http://goo.gl/forms/5kbE0Erkk5 boleh isi borang di sini.
https://goo.gl/maps/hrvrhr4SyGL2 boleh rujuk peta disini

Monday, 18 April 2016

Rahsia Anak Pandai Mengaji Seawal 5 Tahun Yang Ramai Ibu Bapa Belum Tahu

Kalau kita pergi ke pasaran pendidikan Al Quran, boleh dikatakan terdapat pelbagai teknik yang membawakan kaedah masing-masing. Dalam pada itu, mereka ini mendakwa teknik mereka inilah yang paling berkesan dalam mengajarkan kepada anak-anak dalam membolehkan anak-anak ini membaca dengan lancar. Pada hakikatnya setiap pada teknik itu ada kekuatan dan kekurangannya yang tersendiri.  Ada teknik yang menekankan banyak pergerakan kinestatik, dan ada pula teknik yang banyak memperdengarkan audio dan visual sebagai method pembelajaran yang dianggap efektif untuk kanak-kanak.

Namun begitu kami dapat kenal pasti suatu kaedah tradisional yang tidak dipatenkan di mana-mana, tidak pernah dinamakan sebagai apa-apa teknik tapi sudah banyak testimoni yang berjaya dengan kaedah ini.

Untuk mempercepatkan anak-anak ini boleh membaca Al Quran dengan cepat, anak-anak ini hendaklah dilatih dengan dua kemahiran dalam masa yang sama. Tapi kedua-dua kemahiran ini hendaklah diajar dalam tempoh waktu yang berasingan. Kemahiran yang dimaksudkan adalah 

1. Kemahiran membaca Al-Quran
2. Kemahiran menghafaz Al-Quran


Kemahiran Membaca Al Quran

Gunalah apa sahaja kaedah yang terdapat dalam pasaran untuk mengajar anak-anak ini membaca Al Quran. Kaedah Iqra', Al Baghdadi, Haraki, Qiraati merupakan kaedah yang tidak asing lagi dalam masyarakat di Malaysia. Kemahiran ini adalah asas Al Quran untuk anak-anak ini mengenal huruf, makhraj, tajwid dan fasohah (kelancaran) yang membolehkan mereka ini membaca Al Quran dengan baik.

Kemahiran menghafaz Al Quran

Kemahiran ini yang banyak kita tinggalkan. Ada yang bertanya, bagaimana mahu ajarkan anak-anak ini menghafal sedangkan mereka ini kenal huruf pun masih belum lagi. Sebenarnya untk menghafaz, bukan medium visual sahaja yang membolehkan anak-anak ini menghafaz, akan tetapi melalui audio juga mereka boleh dapat menghafaz. Jiwa anak-anak ini bersih. Tiada dosa. Maka ilmu Allah yang diturunkan dari langit ini mudah melekat dalam hati mereka. Ajarkan mereka membaca dengan mengikut kita membaca surah-surah lazim dan mereka mengikutnya dengan perlahan-lahan. Sambil itu tunjukkan kepada mereka ayat-ayat yang kita baca walaupun mereka masih belum pandai membaca. Tunjukkan sahaja. 

Nah! inilah kaedahnya. Dua kemahiran yang kita ajar kepada anak kita Belajar baca dan belajar hafal membaca. Persoalannya bagaimana dengan cara ini boleh membuatkan anak-anak ini cepat kenal huruf dan boleh membaca dengan cepat? Sebenarnya belajar membaca mengenal huruf adalah membosankan. Huruf-huruf itu tidak seenaknya dihafal dan dibaca ketika mereka ini bermain. Sebaliknya ayat-ayat Al Quran sebenar yang dihafal itu lebih enak dinyanyikan sambil bermain. Di samping itu dengan menunjukkan ayat yang dibaca semasa sesi hafazan itu walaupun mereka belum pandai membaca adalah teknik mengajar membaca di bawah minda separa sedar. Mereka belajar membaca huruf yang tidak mereka kenal dalam keadaan minda separa sedar. Inilah rahsianya anak-anak ini akan lebih cepat boleh membaca Al Quran dengan lancar bahkan bacaan lebih baik lagi berbanding anak-anak yang tidak dilatih menghafaz.

Kita sedia maklum dalam pembelajaran teknik yang paling berkesan adalah pengulangan. Pengulangan akan memberikan skil yang tinggi kepada kanak-kanak. Untuk memantapkan lagi kemahiran anak-anak ini pengulangan adalah sangat penting. Ulang kemahiran mereka mengenal huruf dan ulang hafazan ayat-ayat lazim sekerap mungkim agar skil mereka ini dapat dipertingkatkan. Inilah rahsianya. Ulang-ulang dan ulang lagi.

Mulakan hafazan anak-anak kita sekarang. Insyaalah akan lebih cepat dapat membaca Al Quran. Semoga Allah permudahkan anak-anak ini dalam mempelajari ilmu Al Quran. Kita usahakan dan Allah yang memberi ilmu kepada mereka. 


Ustaz Azree sedang melatih salah seorang pelajar di Akademi Al Quran ABS Bukit Katil setelah kemahiran membaca diajarkan pada slot sebelumnya.

Saturday, 16 April 2016

Home Quran - Kelas Al Quran Eksklusif di rumah.

Program Home Quran adalah sebuah program khas yang dilakar untuk mereka yang tidak berkesempatan menghadiri kelas Al Quran di mana-mana pusat pengajian. Secara umumnya konsep program ini membawa keluar kelas dari pusat pengajian ke rumah pelanggan berkonsepkan eksklusif tutor. Program ini boleh disertai oleh kanak-kanak dan dewsa berdasarkan sistem jam kredit mingguan.






Fokus pembelajaran program ini adalah Tahsin Al Quran dan Tajwid. Selain itu pengajian Fardhu Ain dan Hafazan juga ditawarkan mengikut permintaan pelanggan. 





Pelaksanaan Kelas





SMS KAMI UNTUK MAKLUMAT LANJUT

SAYA MAHU DAFTAR SEKARANG

Tahfiz Sambilan - Program Tahfiz Separuh Masa Hujung Minggu

Tahfiz Sambilan adalah salah satu program di bawah inisiatif Akademi Tahfiz untuk memenuhi keperluan pelajar belajar asas Al-Quran dan Tahfiz yang hanya mempunyai masa pada hujung minggu. Kelas ini diadakan pada setiap hari Sabtu dan Ahad minggu pertama, kedua & ketiga setiap bulan.



Sesi Pengajian




Tentatif Mingguan Tahfiz Sambilan



Yuran Pengajian Tahfiz Sambilan





WhatsApp Kami Sekarang SMS KAMI SEKARANG
SAYA MAHU MENDAFTAR SEKARANG

Friday, 15 April 2016

Program Tahfiz Harian - Pengajian Tahfiz Sistematik Separuh Masa

Program ini adalah lanjutan daripada Program BasiQuran. Dalam Program ini pelajar yang sudah boleh membaca Al Quran dengan lancar akan menjalani talaqqi dengan guru bertauliah membaca Al-Quran sehingga 30 Juzuk. Progam ini berkembar bersama program hafazan yang dijalankan pada jam kedua setiap sesi dan pelajar akan dilatih hafazan sehingga tamat pengajian 30 juzuk bacaan dan hafazan mengikut silibus yang ditentukan.

Kaedah Hafazan

Kaedah yang digunakan dalam hafazan menggunakan Kaedah Tikrar yang mana pelajar akan mengulang baca bacaan Al-Qurang sehingga 40 kali ulangan mengikut pecahan ayat berdasarkan mukasurat yang digariskan kaedah ini. Kaedah ini sangat berkesan kerana ianya tidak memaksa pelajar untuk menghafal, tapi hanya membaca sehingga hafalan tersebut terlekat dengan sendirinya dalam kotak ingatan pelajar. Sesuai dengan temanya "Hafal tanpa menghafal', kaedah ini mementingkan ulangan bacaan sehingga boleh menghafal tanpa memaksa minda pelajar untuk menghafal ayat-ayat al Quran tersebut.

Pelaksanaan Kelas Tahfiz Harian

Kelas akan berjalan selama 2 jam. Sejam pertama pelajar akan membaca tilawah Al-Quran dan sejam kedua pelajar akam membuat hafazan dan guru akan membuat semakan hafazan. Berikut adalah jadual pelaksanaan kelas Tahfiz Harian.



Peringkat Hafazan Pelajar



Jadual Kelas

Kelas kami dibuka seperti berikut:

Isnin hingga Jumaat 
Sesi Petang : 3.00 petang hingga 5.00 petang
Sesi Malam : 8.00 malam hingga 9.30 malam

Yuran Pengajian



Thursday, 14 April 2016

BasiQuran - Program Asas Al Quran Akademi Al Quran ABS

Pengajian BasiQuran adalah pengajian Asas Al Quran yang merangkumi 4 silibus iaitu :


  • Asas Al-Quran 
  • Hafazan 
  • Tajwid
  • Asas Fardhu Ain

Program ini terbuka kepada pelajar seawal usia 4 tahun dengan KPI boleh membaca Al Quran dengan lancar selewat-lewatnya pada umur 8 tahun. Pelajar yang sudah boleh membaca Al-Quran dengan lancar akan dinaikkan ke program Akademi Tahfiz.


Asas Al-Quran

Dalam memastikan pelajar mahir dalam membaca Al-Quran, kami komited memastikan pelajar-pelajar kami mahir dalam 4 elemen asas dalam pengajian Al-Quran. ELemen-elemen ini merupakan syarat wajib sebelum seseorang pelajar itu dibolehkan membaca Quran sehingga khatam dan membolehkannya naik ke peringkat seterusnya iaitu ke Program Akademi Tahfiz.





Pelaksanaan Kelas BasiQuran

Program ini berjalan selama 2 jam pada sesi petang dan 1 setengah jam pada sesi malam. Seorang guru hanya mengendalikan 10 hingga 13 orang pelajar sahaja bagi setiap sesi. Sekiranya melebihi 13, kumpulan baru akan dibentuk dengan dikendalikan oleh seorang guru yang lain.




Jadual Kelas

Kelas kami dibuka seperti berikut:

Isnin hingga Jumaat 
Sesi Petang : 3.00 petang hingga 5.00 petang
Sesi Malam : 8.00 malam hingga 9.30 malam

Pakej Yuran






SMS KAMI UNTUK MAKLUMAT LANJUT!

SAYA MAHU MENDAFTAR SEKARANG